Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

23 February 2010

~lihatlah sendiri~

~true nv~

-Lihatlah Sendiri-

Kembara seorang diri

Berjalan di atas pasir

Di atas air

Tidak bukan air

Bukan air yang menyejukkan

 

Kembara seorang diri

Tiada seorang insane menjadi saksi

Tiada kebenaran

Tiada keaslian

Tiada seorang pun yang mengerti

 

Dimana saksi yang mencintai

Dimana letaknya bumi realiti

Disitu kita dicintai

Disitu kita direstui

 

Bukan sekadar memori silam

Sebutir permata yang tiada sinarnya

Lihatlah jauh dari pandangan mata kasar kami

Koreklah setiap pasir dan debu yang menelan jati diri

 

Berhenti menangis hal duniawi

Tapi janganlah berhenti mengingatinya

Ingatlah ada saksi yang mencintai

Ada cinta didalam sanubari

Kerna bunga tidak akan mengembang jika tiada hujan dan matahari

 

Setiap saat di dalam realiti

Setiap denyutan di alam ini

Setiap hembusan di akhir nanti

Ada saksi dan ada cinta

 

Tiada yang sukar kerna ada yang menanti

Cuma inginkah kita menerima cintanya dengan mencintainya?

~izan~

02 April 2009

~seribu bintang~

~true nv~

-seribu bintang-

berguruh sepi hujan tiada
pulau yang bersendiri dikunjungi jua
berkembang bunga limau kasturi
manis baunya masam tidak rasanya
membuat si pengunjung terpaku terpikat

dari hari ke minggu
ditemani bayu nyanyian si ayu
sumbang kerana tersumbat tidak
tertawa sejenak terpegun semula
tetap ada tidak kemana

semakin hari semakin lama
dari sendiri kini bejentera
lihat tiada sesiapa akan berpaling tadah
kerna hanya disitu hujan
dan juga mentari

dan jikalau ada seorang dua yang pergi
usahlah mengerja dan melari
kerna ribut akan berhenti
dan ramai lagi yang menanti
seribu yang ada usah kerna seorang diri bencana

idaman hati siapa yang tidak ingini
cari mencari yang terjadi tetap misteri
bab akan berakhir jua
cerita baru akan bermula
kerna ada seribu bintang pandanglah ke atas sana

-izan-

especially for: Latt

11 March 2009

~hujan~

~true nv~

-hujan-

aku duduk sambil bergerak
membaca buku yang berirama
mendendang rentak melodi sendi
lucu sendiri tawa sekali
hidup ku kini begini

sambil bergerak aku berlari
terhenti henti tapi berlari kembali
lagu menemani isyarat untuk berhenti
simfoni yang sama setiap hari
siapa di hujung sana siapa yang tahu

dari berlari ku berhenti
dari berdiri ku berjalan kaki
kadang kala ku berlari
mengerja sesuatu yang pasti
selama lapan jam sehari

berdiri sudah ada akhirnya
kini duduk berlari semula
kini berhenti dan bergerak semula
malam dan siang bertukar dalam sekelip mata
walaupun berhenti akan tiba di destinasinya

hujan dapat dilihat tanpa dirasa
di dalam lubang di dalam besi
cahaya dilihat dan juga dirasa
bahangnya sedingin angin bateri
selagi berfungsi kereta pejalan kaki

~MAI~

04 March 2009

~selamanya~

~true nv~

-selamanya-

sendiri memerhatikan langit merah
di saat tiada matahari dan bulan
di saat tiada sesiapa yang bertanya mengapa
di situ aman seketika
aku hanyut ketenangan

angin menderu membelai pipi
daun dedaunan turut menari
senyum sendiri aku berjalan kaki
lihat ke arah rumah pangsa
di hujung taman hirisan pasir

aku bernanyi melodi sumbang
sendiri puas hati malu dipandang
halaman pendek penuh kemewahan
imaginasi terbang mengikut bayangan
aku kaya seketika sahaja

kembali pulang aku bersalaman
sambutan malar segar seperti ku harapkan
aku sering terbayang sesuatu yang mustahil
namun nyata jika berfikir
aku diam baring di atas mimpi

begini isi hati sehari
semalam giliran mimpi
daun akan tetap menari bila angin berlalu
aku tetap akan berfikir selagi mampu
namun aku pun tahu akan ada tamatnya

~MAI~

20 February 2009

~close your eyes~

~true nv~

-pejam-

Pejam mata wahai jelita,

Lupakanlah segala sengketa.

Istana mu tersergam indah di sana,

Dilindungi awanan dari mata sepi.

 

Pantai dihentam ombak gelora,

Sisa-sisanya merata-rata.

Satu persatu diambil semuanya,

Cantum satu persatu kembali serinya.

 

Hatimu berdegup juga.

 

Buka matamu wahai puteri,

Lilin sudah mati ditelan hari.

Segala resah gelisah tiada,

Dibelakang pagar emas ku bina.

 

Bukan hanya sementara.

 

Lihatlah wahai maharani,

Istana mu dibina di sisi.

Indah permai ia dihiasi,

Hanya menanti si pujaan hati.


Bukalah pintu daku disini.

~MAI~

19 February 2009

~kawanku cinta~

~true nv~

-kawanku cinta-

sungai mengalir kembangnya api-api
wanginya harum membelai pancaindera
tak pasang tak surut air sungai
api tak memadam terus mengembang
indah sungguh taman didepan mata

asal usul penuh histeria
misteri permulaan bak buku cerita
tetap indah api yang menyala
ditemani sungai yang tiada bezanya
mengcengkam nadi tidak dilepaskannya

lakonan demi lakonan dipersembahkan
keinginan dan kemahuan terus dipesankan
api-api tetap menyelubuhi tebing sungai
hindari sesiapa dari menikmati air
namun tidak diketahui racun yang mengalir

ketidakpastian dan kepalsuan diperkecilkan
dapat dilihat sang helang
namun kabus meliputi apa yang nyata
api tetap terus menyala
sungai hanya dipermainkan warna

benar atau tidak hanya mereka yang tahu
helang serang api ditepis sungai
sungai mula membara api menyaksi
cinta tidak buta hanya dirahsia
ego bunga berapi dimanjai sungai

~MAI~

12 December 2008

~dengar ku harap datang ku impi~

~true nv~

diam segan bisu malu
kalbu bernadi rentak suci
akal menulis setiap reaksi
tangan melukis sesuka hati
keghairahan yang mengaburi

diam segan bisu malu
jiwa bergelora dihentam ombak
minda terbakar dedebu hangus
jari mengerut barisan di muka
ditelan semuanya bak manisan India

diam segan bisu malu
rohani berpasir padang banjir
fikiran meronta-ronta mentari tidak membenam
badan diisi kekosongan diri
yang diingini tidak mengunjungi

fata morgana mimpi di bumi
menyelam realiti terjaga jangan
kerana diam beerti segan
bisu alamatnya malu
kata bukan seribu suara bukanlah aku

~MAI~